Sinopsis Fear Factor Malaysia Musim 2 » BUKAN CINCAI

Sinopsis Fear Factor Malaysia Musim 2

Sinopsis Fear Factor Malaysia Musim 2

Sinopsis

Fear Factor Malaysia kini kembali lagi dengan pelbagai ujian lebih mencabar dan peserta baru yang bakal berentap untuk merebut gelaran juara. Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad berkata Fear Factor kali ini masih lagi mengekalkan format lama namun terdapat juga sedikit kelainan yang bakal ditonjolkan dalam program tersebut. “Format lama masih lagi dikekalkan, namun terdapat sedikit kelainan untuk musim ini dimana kami telah membuka penyertaan kepada peminat untuk digandingkan bersama selebriti kegemaran mereka...

“Pemilihan peserta dijalankan melalui sesi saringan yang ketat dan teliti… Masing-masing mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri, kami percaya mereka mampu untuk memberikan impak yang menarik untuk musim ini,” ujarnya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan barisan peserta Fear Factor Malaysia di Talent Lounge, Menara Bata, pada Selasa. Seramai 16 pasangan yang telah dipilih untuk menjayakan musim ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan di mana setiap pasangan terdiri daripada selebriti dan peminat. Kesemua mereka bakal melalui cabaran serta ujian ketahanan mental dan fizikal yang telah disediakan bagi menentukan pasangan mana yang mampu bertahan sehingga berjaya merebut gelaran juara.

Sebanyak 26 episod akan ditayangkan berselang-seli menerusi dua rangkaian program yang berbeza iaitu Fear Factor Malaysia yang menyaksikan tiga peringkat cabaran harus dilalui oleh peserta manakala Akses Fear Factor Malaysia pula akan menampilkan kejadian menarik yang berlaku sepanjang penggambaran. Seperti musim sebelumnya, pihak Astro masih lagi mengekalkan pelakon terkenal, Aaron Aziz sebagai hos selain sebahagian besar penggambaran dijalankan di Afrika Selatan.
Sinopsis Fear Factor Malaysia Musim 2 Sinopsis Fear Factor Malaysia Musim 2 Reviewed by Layan JerDotNet on 21:17 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.