Sinopsis Drama Jika Itu Takdirku Episod 1 hingga Akhir » BUKAN CINCAI

Sinopsis Drama Jika Itu Takdirku Episod 1 hingga Akhir

Sinopsis Drama Jika Itu Takdirku Episod 1 hingga Akhir

Jika Itu Takdirku Episode 1

Enam tahun telah berlalu, Hakimi disahkan menghidap penyakit amnesia selepas kemalangan jalan raya. Dr. Hamza cuba untuk menyembuhkan penyakit amnesia Hakimi dan Hakimi juga banyak menghabiskan masanya di hospital.


Jika Itu Takdirku Episode 2

Hakimi sudah tidak tertanggung lagi perasaanya terhadap Umairah. Hakimi merasa dia sudah jatuh cinta kepada Umairah tetapi sebenarnya dia merasa keliru antara cinta dan tanggungjawabnya terhadap Umairah.

Jika Itu Takdirku Episode 3

Semenjak peristiwa makan malam hari itu, fikiran Umairah sering melayang memikirkan jodohnya. Hatinya tidak tenang dan sering tertanya-tanya bahawa adakah Hakimi cuba mempermainkannya atau dia ada muslihat lain.

Jika Itu Takdirku Episode 4

Hari perkahwinan Umairah dan Hakimi tiba. Majlis mereka dibuat secara bersedehana. Hanya ada saudara dan teman-teman rapat mereka yang hadir. Sejak hari pernikahan mereka,

Jika Itu Takdirku Episode 5

Hakimi tidak mengenali Azri dan Azri cuba menyakinkan Hakimi tentang dirinya. Setelah dipujuk oleh Azri, Hakimi akur untuk minum petang bersama Azri. Azri juga banyak menceritakan kisah mereka semasa zaman belajar dahulu

Jika Itu Takdirku Episode 6

Hakimi terbaca surat-surat lama Umairah yang ingin diberikan kepadanya suatu ketika dahulu. Hakimi tertanya-tanya tentang isi yang ada di dalam surat tersebut malah dia juga merasa serabut memikirkan apa yang sebenarnya terjadi.

Jika Itu Takdirku Episode 7

Hakimi bertambah serabut dan tidak terurus apabila memikirkan tentang Umairah. Hakimi juga tidak tahu ingin meluahkan kepada siapa tentang masalah yang dihadapinya.

Jika Itu Takdirku Episode 8

Seperti biasa Umairah akan pergi ke klinik untuk meneruskan tugasnya. Sudah dua minggu Umairah tidak pulang ke rumah. Hakimi pula tidak terurus dan tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

Jika Itu Takdirku Episode 9

Hakimi meminta maaf kepada Umairah tetapi Umairah masih enggan untuk pulang ke rumah. Hakimi juga merayu supaya Umairah memaafkannya dan dia juga ingin sekali diberi peluang oleh Umairah untuknya menebus kembali penderitaan yang dialami oleh Umairah.

Jika Itu Takdirku Episode 10

Pada mulanya Umairah agak kekok untuk bermesra dengan Hakimi tetapi lama kelamaan dia semakin selesa dengan Hakimi. Hakimi juga cuba sedaya upaya untuk menjaga hati Umairah yang sememangnya telah lama jatuh cinta terhadapnya.

Jika Itu Takdirku Episode 11

Sudah dua bulan Hakimi dan Umairah berkahwin. Hakimi merasa gembira apabila mengetahui Umairah mengandung anaknya. Hakimi juga bersungguh-sungguh memberitahu ibu dan kedua ibubapa mertuannya. Semenjak dari itu, Hakimi tidak lagi membenarkan

Jika Itu Takdirku Episode 12

Memandangkan Hakimi sangat sibuk di pejabatnya, ketuanya mengambil keputusan untuk memberi seorang setiausaha kepada Hakimi. Hakimi sangat berbesar hati kerana kerjanya akan menjadi lebih senang apabila dia mempunyai setiausaha.

Jika Itu Takdirku Episode 13

Ibu Hakimi juga cuba menghasut Hakimi dan Hakimi juga sudah mula pulang lewat dari tempat kerja. Walaupun Qistina telah menceritakan tentang hubungan mereka 7 tahun dahulu, namun Hakimi tetap dengan keputusannya bahawa dia kini sudah berubah.

Jika Itu Takdirku Episode 14

Setiap hari Qistina mengambil kesempatan untuk dekatkan diri dengan Hakimi. Pada awalnya perbuatan Qistina agak merimaskan Hakimi. Hakimi tidak dapat menolak atau memarahi Qistina kerana dia masih ingat perjanjiannya dengan Qistina tempoh hari.

Jika Itu Takdirku Episode 15

Azri dan Qistina berbual seperti acuh tidak acuh sahaja. Azri tidak senang dengan kehadiran Qistina kembali dalam hidup Hakimi. Azri kesian membayangkan kehidupan Umairah selepas ini apabila dia mengetahui tentang suaminya yang curang

Jika Itu Takdirku Episode 16

Umairah cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang terjadi tetapi dalam hatinya sungguh kecewa apabila menerima panggilan dari Qistina. Umairah cuba untuk mengumpul kekuatan dalam dirinya untuk bertanya kepada Hakimi supaya dia mendapat kepastian

Jika Itu Takdirku Episode 17

Sarah memujuk Umairah supaya memberitahu masalah yang dihadapinya. Pada mulanya, Umairah enggan meluahkannya tetapi selepas dipujuk oleh Sarah, Umairah akur.

Jika Itu Takdirku Episode 18

Ibu bapa Umairah tiba di hospital dan terus mencari anaknya. Ibu bapa Umairah gembira melihat cucunya di sisi Umairah. Dr Hamza merasa pelik apabila Azri sahaja yang berada di situ dan bukannya Hakimi.

Jika Itu Takdirku Episode 19

Setelah sekian lama Umairah berada di rumah papa dan mamanya, Hakimi terasa bebas. Kini tiada siapa yang boleh melarang hubungannya dengan Qistina. Qistina berasa sangat gembira.

Jika Itu Takdirku Episode 20

Hakimi mengambil Umairah untuk dibawa pulang. Hakimi merasa bengang apabila mendapat tahu bahawa Azri ingin menghantar Umairah pulang juga. Apabila mereka sudah sampai di rumah, Hakimi mengugut Umairah supaya menjauhkan diri dari Azri. 

Jika Itu Takdirku Episode 21

Azri agak terkejut apabila melihat wajah Umairah yang agak cekung dan tidak bermaya. Azri berbual dengan Umairah di pondok luar rumah Umairah. Pn Zainah sibuk menjaga cucunya itu dan dia membiarkan sahaja Umairah dan Azri berbual di luar.

Jika Itu Takdirku Episode 22

Sewaktu pulang dari kerja, Hakimi mengajak Qistina untuk makan malam di sebuah restoran mewah. Hakimi ingin melamar Qistina. Namun niatnya terbatal apabila mereka berdua terlibat dalam kemalangan. 

Jika Itu Takdirku Episode 23

Umairah akhirnya bersuara. Dia tidak mahu memburukkan suaminya kepada orang lain. Dia berusaha untuk menjadi seorang isteri yang baik dan solehah. Dr Hamza hampa melihat Umairah

Jika Itu Takdirku Episode 24

Selepas berbincang, akhirnya Umairah bersetuju untuk mengikut kehendak papa dan mamanya. Azri diminta untuk menghantar Umairah ke sebuah perkampungan pondok. Di sana Umairah diajar untuk mendekatkan diri dengan maha Penciptanya. .

TAMAT

Sinopsis Drama Jika Itu Takdirku Episod 1 hingga Akhir Sinopsis Drama Jika Itu Takdirku Episod 1 hingga Akhir Reviewed by Layan JerDotNet on 09:37 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.