Sinopsis Drama Bersiri Jodoh 2 » BUKAN CINCAI

Sinopsis Drama Bersiri Jodoh 2

Sinopsis Drama Bersiri Jodoh 2

Program Jodoh 2 adalah sambungan siri Jodoh. Untuk musim baru ini, Nora dan Mr Chee mengambil keputusan untuk menyuntik elemen yang lebih ‘panas’ dan menarik untuk membuat rancangan ini tidak membosankan dan menamakannya sebagai ‘Jodoh: Wanita atau Harta?’

Untuk musim ini, pencari jodohnya adalah seorang gadis yang dipikat seramai 10 peserta lelaki. Lebih menarik, hadiah wang tunai sebanyak RM1 juta ditawarkan.

Bagaimanapun, dalam musim Jodoh kali ini, peserta lelaki yang akhirnya dipilih oleh Gadis Jodoh akan diberikan pilihan sama ada ingin mengahwini Gadis Jodoh dan berkongsi RM500,000 atau memilih untuk mengambil RM1 juta dan tidak berjumpa dengan gadis tersebut selama-lamanya.

Apabila pengumuman untuk rancangan Jodoh dibuat, Nik Fahmi (Fadlan Hazim), seorang pengusaha muda yang terdesak untuk menambah duit modal untuk menaikkan perniagaannya, mengambil keputusan untuk menyertai rancangan berkenaan. Namun, segala-galanya menjadi rumit apabila Nik pula jatuh hati dengan Gadis Jodoh iaitu Zara(Hanis Zalikha)
Sinopsis Drama Bersiri Jodoh 2 Sinopsis Drama Bersiri Jodoh 2 Reviewed by Layan JerDotNet on 21:27 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.