Sinopsis Drama Separuh Jiwaku » BUKAN CINCAI

Sinopsis Drama Separuh Jiwaku

Sinopsis Drama Separuh Jiwaku

Sinopsis

Separuh Jiwaku mengisahkan mengenai Hanna Dalila yang memiliki kedai dobi. Hanna adalah anak yatim piatu dan dipelihara oleh Mak Iti semenjak kecil. Emir Izlan pula seorang pemuda kampung berhijrah ke Kuala lumpur bekerja sebagai pemandu kepada Dato’ Darwish dan Datin Sofinah. Emir merupakan anak kandung Datin Sofinah tetapi seringkali Datin Sofinah mengingatkan Emir supaya pertalian darah mereka dirahsiakan daripada Dato’ Darwish.

Dato’ Darwish yang merupakan pelanggan tetap di dobi milik Hanna telah menaruh hati padanya dan mengajaknya untuk berkahwin. Hanna yang menerima lamaran tersebut menyebabkan Ermi menyimpan dendam terhadap Dato’ Darwish kerana beliau turut menyintai Hanna. Peristiwa tersebut mengakibatkan tercetusnya pelbagai dugaan menimpa Hanna.
Sinopsis Drama Separuh Jiwaku Sinopsis Drama Separuh Jiwaku Reviewed by Layan JerDotNet on 10:22 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.