Sinopsis Drama Sarafina Astro Prima » BUKAN CINCAI

Sinopsis Drama Sarafina Astro Prima

Sinopsis Drama Sarafina Astro Prima

Sarafina (Sari Yanti) berasal dari keluarga berada. Bella (Felixia Yeap) merupakan teman rapat Sarafina. Ayah Sarafina bernama Datuk Malik (Hilal Azman), manakala ibu Sarafina bernama Datin Sherry (Nor Albaniah). Di rumah agam tersebut, Sarafina mengenali Razlan (Amar Asyraf). Iaitu anak orang gaji keluarga mereka, Mak Imah (Mak Wan Latah). Ayah Razlan bekerja sebagai pembantu keluarga Sarafina.

Sarafina dan Razlan masuk ke kolej yang sama. Di kolej, Razlan sering diganggu oleh sekumpulan pelajar lelaki yang diketuai oleh Zariff (Josiah Hogan). Zariff menaruh hati pada Sarafina. Oleh kerana Sarafina tidak melayannya, Zariff ingin menyakiti orang yang Sarafina suka iaitu Razlan!

Razlan dan Sarafina saling menaruh hati sesama mereka. Namun, perasaan itu belum dinyatakan secara lisan. Razlan seorang budak yang baik mempelajari tip dari sahabatnya cara untuk memikat wanita. Dengan itu, Razlan beria-ia membeli sebuah buku untuk mengetahui cara memikat Sarafina.

Kehadiran Razlan sering disenangi oleh Sarafina. Manakala kehadiran Zariff membuatkan Sarafina rasa kurang selesa. Tanpa pengetahuan Sarafina, keluarganya dan keluarga Zariff telah mengatur tali pertunangannya bersama Zarif.

Bagaimana pula dengan kisah percintaan Sarafina dan Razlan? Adakah mereka akan disatukan? Anak orang kaya bercinta dengan anak orang gaji. Adakah perkara itu akan diterima oleh keluarga Sarafina? Datuk Malik dan Datin Sherry yang mementingkan harta dan pangkat.

Namun, perkara itu tidak menjadi hal yang besar bagi Sarafina. Ini kerana Sarafina dan Razlan bertekad ingin berkahwin! Lantaran itu, Sarafina disingkirkan dari keluarga kerana menjalinkan hubungan dengan orang yang tidak setaraf dengan keluarga mereka.

Selepas Sarafina dan Razlan berkahwin, mereka dikurniakan seorang anak. Namun, dugaan sentiasa melanda kehidupan Sarafina dan Razlan. Anak mereka disahkan menghidap penyakit jantung berlubang. Situasi itu memaksa mereka mencari wang yang banyak untuk pembedahan anak mereka.

Di saat kesempitan wang, ibu dan ayah Sarafina menawarkan bantuan. Namun, ianya bukan bantuan percuma semata-mata. Ada balasan yang ingin Datuk Malik dan Datin Sherry mahukan daripada Sarafina. Apakah balasan tersebut? Apakah syarat yang ditetapkan oleh ibu dan ayah Sarafina? Benarkah syarat tersebut menyatakan Sarafina mesti meninggalkan Razlan? Bersetujukah Sarafina dengan syarat tersebut? Bagaimana pula dengan anak Sarafina, berjayakah diselamatkan? Berkekalankah hubungan Sarafina dan Razlan? Bagaimana pula hubungan Sarafina dan Zariff?
Sinopsis Drama Sarafina Astro Prima Sinopsis Drama Sarafina Astro Prima Reviewed by Layan JerDotNet on 14:23 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.