Sinopsis Drama Azam Ramadan Su » BUKAN CINCAI

Sinopsis Drama Azam Ramadan Su

Sinopsis Drama Azam Ramadan Su

"Azam Ramadan Su" bakal menemui penonton TV3 pada 23 Jun 2014 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 12.30 tengah hari hinggi 1.30 tengah hari. Drama bersiri 20 episod terbitan Radius One Production menampilkan barisan pelakon seperti Rita Rudaini, Faizal Hussein, adik Mior Adha, Najmi, adik Nur Qistina Raisah, Kismah Johar, Kartina Aziz, Siti Chubby dan Chef Azli.

Drama bersiri ini mengisahkan azam seorang ibu berkerjaya yang mahu memasak untuk anak-anaknya pada bulan Ramadan. Lebih menarik, satu resipi akan dikongsikan pada setiap penghujung episod.

Su (Rita Rudaini) dikurniakan dua orang anak Mukhriz dan Munirah hasil perkahwinannya dengan Lukman (Faizal Hussein). Su ialah seorang wanita berkerjaya yang mengharapkan bibiknya untuk menguruskan segala urusan rumah dan lebih cenderung membawa keluarga makan di luar ataupun membeli makanan dari luar.

Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Rakan-rakan sepejabat Su sering berbincang tentang resipi masakan untuk bersahur dan berbuka puasa. Su menganggap memasak itu sesuatu yang menyusahkan. Hati Su terusik apabila melihat kemesraan anak-anaknya bersama-sama bibik dalam menyediakan juadah. Buat pertama kalinya, Su berazam untuk memasak demi keluarganya pada bula puasa. Berjayakah Su?
Sinopsis Drama Azam Ramadan Su Sinopsis Drama Azam Ramadan Su Reviewed by Layan JerDotNet on 21:48 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.