Sinopsis Drama Jauh Dari Cinta » BUKAN CINCAI

Sinopsis Drama Jauh Dari Cinta

Sinopsis Drama Jauh Dari Cinta

Nysa dan Farish merupakan adik dan abang angkat ketika belajar di universiti. Cinta Nysa pernah ditolak Farish. Bagi Farish pula,dia cuba menidakkan saat bahagia di samping Nysa. Ini semua kerana cintanya pada Sara Lilyana.

Namun,mereka disatukan atas ikatan yang ditentukan orang tua mereka.Sukar untuk Nysa menerima Farish.Dia tidak mahu melalui rasa sakit bila cintanya ditolak Akan tetapi,layanan Farish yang mesra di awal pertunangan membuatkan Nysa berubah fikiran. Kesibukan Farish dan keputusan menundakan perkahwinan mereka membuatkan Nysa merasakan Farish masih memerlukan masa untuk menjadi ketua keluarga. Dia memohon pada Farish supaya tidak hadir pada majlis nikah nanti.Namun,mereka tetap disatukan.

Sakitnya hati Nysa bila Farish membuat pengakuan yang dia menganggap Nysa hanya sebagai adiknya sahaja.Nysa tetap cuba membahagiakan Farish dengan mencari wanita yang Farish sayang iaitu Lily.Nysa terpaksa melepaskan Farish pada Lily.Walaupun Nysa mahu satukan Lily dan Farish,sebenarnya dalam hati Farish hanya ada Nysa seorang.Lily telah lama dilupakan.

Farish yang bengang dengan keputusan Nysa,mahu Nysa yang menguruskan perkahwinannya dengan Lily.Apakah berlaku seterusnya?
Sinopsis Drama Jauh Dari Cinta Sinopsis Drama Jauh Dari Cinta Reviewed by Layan JerDotNet on 20:30 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.