Sinopsis Drama Rindu Awak 200% » BUKAN CINCAI

Sinopsis Drama Rindu Awak 200%

Sinopsis Drama Rindu Awak 200%

Sinopsis

Drama Rindu Awak 200%(peratus) mengisahkan kisah perkahwinan Zill Faezrul Iqbal(Zul Ariffin) dan Armel Aisya(Ayda Jebat) yang diaturkan oleh keluarganya.

Pada awalnya Armel Aisya menentang perkahwinan paksa itu dan seringkali meminta cerai dari Zill. Akhirnya Armel Aisya terpaksa menerima suratan takdirnya apabila kekasihnya yang dipuja-puja iaitu Raizil(Jonathan Putra) berdua-duaan dengan wanita lain.

Zill Faezrul menerima isterinya Armel Aisya sepenuh hati kerana yakin bahawa itu jodohnya. Tetapi rumah tangganya tidak seperti pasangan lain, masing-masing membuat haluan sendiri.

Tambahan pula Armel Aisya sendiri tidak tahu siapa Zill Faezrul. Ini telah membuatkan pasangan ini bermasam muka dan tidak sekepala.

Sampai bilakah masalah rumah tangga pasangan ini akan berterusan? Sama-sama kita saksikan Drama Slot Akasia ini bermula 15 Julai 2014.
Sinopsis Drama Rindu Awak 200% Sinopsis Drama Rindu Awak 200% Reviewed by Layan JerDotNet on 19:50 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.