Sinopsis Drama TV3 Dosa Seorang Suami » BUKAN CINCAI

Sinopsis Drama TV3 Dosa Seorang Suami

Sinopsis Drama TV3 Dosa Seorang Suami

Sinopsis

Drama Dosa Seorang Suami mengisahkan Rafiq seorang usahawan yang berjaya telah ditakdirkan lumpuh sebelah badan akibat penyakit strok. Segala kekayaan dan kejayaan yang dikecapinya musnah. Rafiq hidup bertemankan kerusi roda. Setelah disahkan menghidap penyakit strok, Rafiq sering dijauhi oleh ahli keluarganya termasuk anak-anak dan isterinya.

Isteri Rafiq iaitu Alya (Amyza Aznan) tidak mempedulikannya. Dibiarkan suaminya seorang diri. Sering kali Rafiq menjerit-jerit meminta Alya untuk membantunya namun, Alya sentiasa menjauhi Rafiq. Ini kerana Rafiq sudah tidak mampu lagi mengurus dirinya. Malah untuk ke tandas sekali pun, dia memerlukan pertolongan orang lain.

Anak-anak Rafiq antaranya Arisa (Keena), Arisz (Dazrin Kamarudin) dan Ramli (Afzan) juga tidak mempedulikannya. Malah mereka sering mencipta alasan untuk tidak berada di sisi ayahnya. Mujur ada pembantu selaku pekerja Rafiq iaitu Khamis (Cat Farish Ramli). Khamis sentiasa mengambil berat akan perihal tuannya. Khamis membantu Rafiq membersihkan diri, memandikannya, menukar pakaian, menghidang makanan minuman. Sesekala Khamis memberi sedikit tazkirah pada Rafiq dengan harapan agar tuannya terbuka hati untuk berubah.

Rafiq orangnya keras hati, mudah marah. Sesekala ajakan baik oleh Khamis sering disalah tafsir oleh dirinya. Namun, Khamis cekal untuk membantu tuannya.

Rafiq sering terimbau kenangan silam. Kenangan ketika dia pernah mengecap kejayaan. Memiliki keluarga yang bahagia. Dek kesilapannya dalam mendidik anak dan isteri, akhirnya perbuatannya memakan dirinya. Isterinya tidak menghormatinya. Anak-anaknya menjauhkan diri. Segalanya bermula selepas dia jatuh sakit.

Saksikan segalanya dalam drama TV3 Dosa Seorang Suami. Adakah akan terbuka hati Rafiq untuk berubah? Bagaimana hubungan Rafiq dengan anak-anak dan isterinya nanti? Adakah mereka akan bersatu semula? Apa hubungan Maya (Watie Sadali) dengan rumah agam yang tersergam indah itu? Adakah Maya juga mengenali Rafiq? Sama-sama kita saksikan dalam drama Dosa Seorang Suami ini nanti.
Sinopsis Drama TV3 Dosa Seorang Suami Sinopsis Drama TV3 Dosa Seorang Suami Reviewed by Layan JerDotNet on 21:28 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.