Sinopsis Drama Suamiku Encik Sotong » BUKAN CINCAI

Sinopsis Drama Suamiku Encik Sotong

Sinopsis Drama Suamiku Encik Sotong

Suamiku Encik Sotong, sebuah drama terbaru yang akan menemui penonton pada 27 Oktober ini pada setiap 10.00 malam di Astro Ria dan Maya HD menepati kehebatan lakonan Sharnaaz Ahmad apabila beliau menyahut cabaran untuk membawa watak yang sering dilihat begitu sinikal di segilintir mata masyarakat.

Ia mengisahkan, hubungan Farish (Sharnaaz Ahmad) dan Erica (Amyra Rosli) yang punyai personaliti berbeza dan sering bertengkar ekoran paksaan keluarga untuk mereka berkahwin selama 3 tahun agar dapat mewarisi harta peninggalan arwah neneknya.

Sepanjang perkahwinan, mereka tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri, malah Erica telah jatuh cinta kepada sepupunya, Izhan (lakonan Amar Baharin), manakala Farish terlah jatuh cinta dengan rakan kolejnya, Dhia (Hanis Zalikha).

Plot perjalanan drama yang punyai unsur komedi, mesej yang ringan dan cermat ini diteruskan dengan babak penantian mereka agar kontrak perkahwinan tersebut dapat dihabiskan.

Namun fokus sebenar tidak sekadar terhadap tarikan barisan pelakon- pelakon yang cukup gah seperti Hanis Zalikha dan Amar Baharin. Tetapi kepelbagaian lakonan Sharnaz Ahmad yang sedia dihidangkan kepada penonton bermula Isnin depan.

Mungkin penonton masih tidak boleh membuang igauan mereka terhadap gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, namun cubaan drama terbaru Suamiku Encik Sotong bakal memberikan keunikkan watak terbaru Sharnaz yang bakal membuat kita tersengih dengan lakonan hebat beliau yang tiada tandingan.

Penuhi kalendar drama anda bermula 27 Oktober ini. Hanya di Astro Ria dan Astro Maya HD.
Sinopsis Drama Suamiku Encik Sotong Sinopsis Drama Suamiku Encik Sotong Reviewed by Layan JerDotNet on 16:34 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.