Sinopsis Drama Gerimis Salju Naminara » BUKAN CINCAI

Sinopsis Drama Gerimis Salju Naminara

Sinopsis Drama Gerimis Salju Naminara

Gerimis Salju Naminara mengisahkan Ain, Fauzan dan Faiz, tiga sahabat baik yang belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Seoul. Bagaimanapun, Ain dan Fauzan adalah sepasang kekasih yang pada masa sama Faiz turut menyintai Ain.

Konflik timbul apabila selepas menamatkan pengajian di Seoul, Ain mahu balik memulakan kerjayanya di Malaysia sementara Fauzan pula mahu terus menetap di negara itu untuk mencari pengalaman bekerja di bumi asing.

Sekembalinya Ain ke Malaysia dia bekerja di firma milik bapa Mira. Tanpa pengetahuan Ain, kedua-dua keluarga Mira dan Fauzan mahu menjodohkan mereka berdua. Akhirnya atas desakan keluarga, Fauzan pulang ke Malaysia dan bertunang dengan Mira lalu meninggalkan Ain dalam kekecewaan.

Mira juga tidak mengetahui yang Fauzan dan Ain pernah bercinta sehinggalah mereka bertiga pergi ke Seoul semula atas urusan perniagaan. Untuk mengetahui apakah yang berlaku kepada mereka bertiga, kita nantikan siarannya kelak.
Sinopsis Drama Gerimis Salju Naminara Sinopsis Drama Gerimis Salju Naminara Reviewed by Layan JerDotNet on 14:10 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.