Sinopsis Drama Pahiram Ng Sandali | Chasing Moments TV3 » BUKAN CINCAI

Sinopsis Drama Pahiram Ng Sandali | Chasing Moments TV3

Sinopsis Drama Pahiram Ng Sandali | Chasing Moments TV3

Alex dan Cindy telah menemui cinta dan inspirasi antara satu sama lain, bagaimanapun, mereka terpaksa berpisah seketika kerana Cindy ingin melanjutkan pelajaran. Dia berjanji akan kembali semula pada Alex.

Walaupun sedih, dia terus mengejar cita-citanya. Dengan bekerja keras dan tekun, Alex memenuhi impiannya untuk menjadi seorang jurugambar dalam bidang kewartawanan. Disini dia menemui Janice, wanita yang lebih tua, bekerja sebagai editor dalam salah satu syarikat akhbar tabloid terkenal.

Janice menguruskan kerjayanya dengan cemerlang tetapi gagal menguruskan keluarga dengan baik, (dia mengidamkan kasih sayang dan perhatian suaminya, dan berusaha untuk mendapatkan kasih sayang dari satu-satunya anak perempuannya).

Alex pula, seorang anak yang tidak diingini (tidak sah taraf), membuat keputusan untuk membalas dendam kepada bapa kandungnya, dengan membuktikan dirinya telah berjaya.

Kedua-dua jiwa kesepian ini menemukan antara satu sama lain, dan meskipun jurang usia mereka berbeza, tetapi ianya tidak menghalang persahabatan mereka. Tetapi persahabatan mereka bertukar menjadi suatu percintaan yang tidak pasti.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila Alex mengetahui bahawa Janice adalah ibu kepada Cindy
Sinopsis Drama Pahiram Ng Sandali | Chasing Moments TV3 Sinopsis Drama Pahiram Ng Sandali | Chasing Moments TV3 Reviewed by Layan JerDotNet on 08:55 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.