Tonton Satu Hari Full Episod » BUKAN CINCAI

Tonton Satu Hari Full Episod

Drama Satu Hari

Tajuk: Satu Hari
Ganti : Setitis Kasih Darmia
Channel : TV9
Slot : Ratu
Masa: [Selasa & Rabu, 8.30 mlm]
Jumlah Episode : 14

Lagu Tema : Alyah - Sesal Separuh Nyawa

Sinopsis Satu Hari TV9
Satu Hari mengisahkan tentang Sabrina (Sara Ali), yang bekerja di Sarajevo sebagai seorang penyelidik. Dia berkenalan dengan Isfahan (Remy Ishak) secara tidak sengaja yang pada ketika itu, Isfahan membawa hati yang penuh duka ke Sarajevo setelah cinta tulusnya dikhianati isteri yang curang bersama teman baiknya sendiri. Isfahan sangat mencintai Lia (Rita Rudaini) sehinggakan dia sanggup melupakan segala keterlanjuran yang Lia dan Moez (Miller Khan) lakukan tetapi Lia tetap berkeras minta diceraikan seolah-olah tiada lagi ruang di hati Lia buat Isfahan.

Lebih berat lagi apabila Lia turut meminta Isfahan merahsiakan punca sebenar mereka bercerai daripada keluarga Lia sehinggakan mereka melarang Isfahan untuk bertemu Puteri, anak kecil yang sangat dikasihi Isfahan.

Ketika di Sarajevo, Sabrina pula berhadapan dengan cabaran apabila Ian, teman setugasnya yang berbangsa Irish jatuh cinta dengannya dan ingin memperisterikannya. Ian mula bertindak ganas apabila cintanya ditolak membuatkan Sabrina ketakutan apabila berhadapan dengan Ian. Kesempatan bertemu dengan Isfahan diambil oleh Sabrina untuk mengelakkan dirinya daripada Ian. Bagi Isfahan, kehadiran Sabrina sedikit sebanyak menjadi pengubat hati Isfahan. Semakin lama mula terbit rasa cinta di hati Sabrina buat Isfahan.

Isfahan juga menjadi sebab untuk Sabrina menolak pinangan daripada Rizuan (Hafizul Kamal), sepupunya sendiri di Malaysia. Isfahan pula masih lagi dibayangi memori silam setelah gagal dalam perkahwinan lantaran itu, dia amat berhati-hati untuk serius dalam perhubungan walaupun terbit rasa cinta. Namun, ketulusan hati Sabrina berjaya membuka pintu hatinya. Dalam mereka mula menyemai benih cinta Isfahan dikejutkan dengan berita yang anaknya Puteri sedang sakit dan memerlukan perhatiannya. Keadaan itu membuatkan hubungan Sabrina dan Isfahan terjejas apatah lagi Lia, bekas isteri Isfahan mula menyuarakan rasa hati ingin kembali semula ke pangkuannya membuatkan Isfahan merasa serba salah. Adakah Sabrina merelakan pemergian Isfahan dan melupakan cinta di hatinya? Adakah Isfahan akan kembali semula ke pangkuan Lia demi anak kesayangannya?

Barisan Pelakon : Remy Ishak, Sara Ali, Rita Rudaini, Miller Khan

Tonton Secara Online Melalui Pautan link berikut:
site alternative untuk menonton Drama Satu Hari adalah pada laman rasmi tonton.com.my

Tonton Satu Hari Full Episod

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14

Download Satu Hari Full Episod

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Tonton Satu Hari Full Episod Tonton Satu Hari Full Episod Reviewed by Bukan Cincai on 22:24 Rating: 5
Powered by Blogger.