Sinopsis Drama Seludup Astro Maya HD » BUKAN CINCAI

Sinopsis Drama Seludup Astro Maya HD

Sinopsis Drama Seludup Maya HD

Drama ini berkisar tentang watak bernama Amran (Pekin) yang merupakan seorang nelayan dan usahawan muda yang berjaya di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di Pantai Barat Malaysia.

Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan penyeludup diketuai oleh Tam (Nam Ron) dan dibantu oleh adik perempuannya, Rina (Raja Ilya) sedang mengupah nelayan kampung untuk menyeludup minuman keras, rokok, dan manusia ke dalam negara.

Walau berdepan pelbagai jenis bahaya dan mengancam bukan sahaja dirinya malah keluarga dan Yasmin (Tiz Zaqyah), teman wanitanya, dia bertekad untuk menghalang gejala ini, dan menyelamatkan kampungnya sebelum lebih ramai rakan-rakannya dan penduduk kampung menjadi mangsa.
Sinopsis Drama Seludup Astro Maya HD Sinopsis Drama Seludup Astro Maya HD Reviewed by Layan JerDotNet on 20:44 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.