Sinopsis Filem Isyarat Cinta Lakonan Adi Putra » BUKAN CINCAI

Sinopsis Filem Isyarat Cinta Lakonan Adi Putra

Sinopsis Filem Isyarat Cinta Lakonan Adi Putra

Filem Isyarat Cinta arahan Bade Hj. Azmi ini mengisahkan percintaan pasangan buta dan bisu.

Cinta mula berputik selepas Iskandar (Adi Putra) seorang jutawan yang sangat rendah diri dan pemalu telah memberanikan diri menyelamatkan Dhia (Liyana Jasmay) dari satu kemalangan jalan raya sehingga membibitkan rasa cinta masing-masing.

Hubungan mereka dijalinkan melalui orang tengah iaitu Ariel (Fizo Omar) apabila segala luahan Iskandar yang cacat pendengaran itu disampaikan kepada Ariel untuk Dhia.

Tetapi Ariel sendiri telah jatuh hati dengan Dhia dan tidak sanggup untuk meneruskan tugasnya sebagai perantara cinta antara Iskandar dan Dhia.

Isyarat Cinta merupakan projek terbaharu syarikat produksi Suhan Movies dan RK Screen Sdn Bhd. Skripnya ditulis dan diarahkan oleh Bade Hj Azmi.

Peneraju utama ‘Isyarat Cinta’. Dari kiri: Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar.

Isyarat Cinta akan ditayangkan kepada umum mulai 19 Mac ini. Tayangan Amal Perdana pula akan ditayangkan pada 4 Mac ini.
Sinopsis Filem Isyarat Cinta Lakonan Adi Putra Sinopsis Filem Isyarat Cinta Lakonan Adi Putra Reviewed by Layan JerDotNet on 01:32 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.