Sinopsis Ku Tak Rela Slot Azalea TV3 » BUKAN CINCAI

Sinopsis Ku Tak Rela Slot Azalea TV3

Sinopsis Ku Tak Rela Slot Azalea TV3

Drama Ku Tak Rela mengisahkan konflik isteri dan anak sebagai simbol utama.

Konflik bermula apabila seorang isteri menghadapi masalah untuk mengandung. Setiap hari fikirannya serabut memikirkan tentang masalah tersebut, pada masa yang sama risau jika suaminya berkahwin lain kerana tidak boleh mengandung.

Masalah bermula tatkala Suraya, lakonan Watie Sadali disahkan mengandung. Akhirnya masalah lain timbul apabila anak yang dikandung meninggal dunia dan diganti dengan bayi lain tanpa pengetahuan suaminya.

Saat dia membesarkan anak tersebut, Suraya akhirnya dikurniakan seorang lagi anak tetapi berhadapan dengan satu lagi situasi untuk membahagikan kasih sayang antara anak sendiri dan anak angkat.

Menambahkan debar tatkala anak-anak mula meningkat remaja dan meminati lelaki yang sama. Satu persatu masalah baru muncul dalam kehidupan keluarga tersebut saban hari.

Paling terkesan apabila campur tangan suami yang tidak tahu rahsia besar yang disimpan selama ini akhirnya memburukkan lagi situasi keluarga mereka.

A.Aida Production menerbitkan drama bersiri terbaharu untuk slot Azalea TV3 bertajuk Ku Tak Rela.

Isu kekeluargaan dan garapan konflik yang meruntun perasaan menjadi inti pati utama kepada drama bersiri Aku Tak Rela

Penggambaran drama Ku Tak Rela tidak hanya dilakukan di Kuala Lumpur sebaliknya turut melibatkan lokasi seperti di Awana Resort Pulau Perhentian; Manor Beach Resort Besut dan Setiu masing-masing di Terengganu sebagai lokasi utama.

Drama Ku Tak Rela menampilkan pelakon seperti Zuhairie Ibrahim, Watie Sadali, Afzan A.Rahman, Mia Ahmad, Keena Mentor, Ewan Mohamad dan ramai lagi.

Drama Ku Tak Rela ditayangkan bermula 5 Januari 2015 iaitu pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang di TV3.
Sinopsis Ku Tak Rela Slot Azalea TV3 Sinopsis Ku Tak Rela Slot Azalea TV3 Reviewed by Layan JerDotNet on 19:21 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.