Sinopsis Drama Orang Gaji IQ » BUKAN CINCAI

Sinopsis Drama Orang Gaji IQ

Sinopsis Drama Orang Gaji IQ

Ia mengisahkan Shahira, seorang Pengarah Urusan sebuah agensi pembantu rumah yang terpaksa menyamar sebagai pembantu rumah Indonesia setelah pembantu rumah yang sepatutnya datang, tidak muncul pada hari yang dijanjikan. Cerita bermula apabila Shahira dan Normala (sepupu dan rakan kongsi) gagal mendapatkan tenaga kerja Indonesia seperti yang dijanjikan oleh agensi dari Indonesia kerana masalah pasport dan visa.

Agensi pembantu rumah milik mereka terkenal dengan rekod cemerlang dan berjaya membawa pembantu rumah, terutama kepada golongan berada dan VIP. Pelanggan mereka kali ini ialah Pn. Halimah, seorang hartawan yang cerewet. Mereka telah berjanji dengan Pn.Halimah untuk membawa pembantu rumah. Shahira dan Normala telah berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan pembantu rumah untuk Pn. Hamidah termasuk menggantikan pembantu rumah dari Thailand, Myanmar dan orang tempatan tetapi segala usaha mereka gagal. Semuanya tidak memikat hati Pn. Halimah.

Bagi mengatasi masalah itu, Normala yang juga pengarah operasi & pemasaran agensi mereka mencadangkan supaya Shahira menyamar sebagai pembantu rumah Indonesia sementara menunggu pembantu rumah betul yang dijanjikan datang. Pada mulanya Shahira keberatan kerana Pn. Halimah kawan baik Datin Latipah. Datin Latipah pula ialah ibu Halim, kekasih Shahira.

Selain itu Pn.Halimah juga adalah ibu saudara Aida yang juga kawan baik Nadia. Nadia merupakan musuh ketat Shahira. Nadia ada hati dengan Halim tetapi Halim tidak sukakan Nadia. Disebabkan itu, Nadia sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan Shahira dan mengambil hati Datin Latipah. Shahira berpendapat jika dia menyamar sebagai pembantu rumah Indonesia dia terpaksa korbankan cintanya kepada Halim.

Shahira tidak ada pilihan selain mengikut cadangan Normala. Dia menggunakan nama ‘Erni Wibowo’. Normala begitu gembira dengan persetujuan Shahira. Sebelum memulakan ‘misi penyamaran’ itu, mereka terlebih dahulu mesti mencari satu alasan kukuh untuk membolehkan Shahira ‘menghilangkan diri’ terutama dari pengetahuan Halim.

Dua tiga hari sebelum ‘misi penyamaran’ bermula, Shahira mengajak Halim keluar makan malam. Rancangan itu tanpa disengajakan diketahui oleh Nadia. Nadia yang sememangnya merancang untuk memutuskan hubungan Halim dan Shahira juga mempunyai rancangan tersendiri. Shahira sengaja datang lambat. Halim sampai ke restoren kegemaran mereka terlebih dahulu. Ketika menunggu Shahira, Nadia muncul dan berlagak manja dengan Halim. Shahira tiba tepat pada waktunya. Halim terkejut bila Shahira muncul di depannya. Aksi ‘mesra’ Halim dan Nadia itu telah menjadi isu ‘membantu’ misi penyamaran Shahira. Mereka bergaduh sehingga menyebabkan Shahira ‘menghilangkan’ diri dan gagal dihubungi oleh Halim

“Misi Penyamaran’ bermula, Erni Wibowo dibawa oleh Normala ke rumah Pn. Halimah dengan jaminan Erni adalah pembantu rumah terbaik. Sebagaimana biasa syarikat memberi tempoh percubaan selama tiga bulan kepada Pn. Halimah. Jika sebaliknya asgensi akan tukarkan Erni Wibowo dengan pembantu yang lain. Pn. Halimah bersetuju. Maka bermulalah Shahira yang kini dikenali sebagai Erni Wibowo selaku ‘orang gaji percubaan’ di rumah Pn. Halimah.

Minggu pertama Shahira hidup Shahira di rumah Pn. Halimah memang kelam-kabut. Dia masih lagi tidak biasa dengan nama barunya dan sering tidak menyahut bila dia dipanggil ‘Erni’. Dia tambahkan lagi dengan kerja rumah yang tidak pernah dibuat. Dia tak tahu siapkan sarapan, tak tahu mengemas dan tak tahu gosok pakaian.

Pn. Halimah pada mulanya dengan dan mengadu dengan Datin Latipah. Datin Latipah nasihatkan Pn. Halimah supaya jangan marah-marah dengan pembantu rumah sebaliknya ajar ‘Erni’ baik-baik. Bila semuanya Erni dah pandai, Pn. Halimah jugak yang senang. Erni pula kurang senang bila Aida yang kebetulan datang ke rumah Pn. Halimah memanggilnya ‘bodoh’ kerana tidak tahu buat teh tarik. Dia makin geram bila ketika itu Nadia bercerita mengenai Halim dengan Aida.

Nasihat Datin Latipah itu diikuti oleh Pn. Halimah. Dia mengajar Erni melakukan semua kerja rumah dengan baik. Erni mengambil peluang cuti hujung minggu untuk ke kelas masakan. Dalam tempoh sebulan Erni sudah pandai memasak. Kehidupan Erni yang pada mulanya kelam-kabut mula teratur dan dia begitu ceria dan selalu membuatkan keluarga Pn. Halimah dalam kegembiraan. Dalam diam Erni mendapat perhatian Haikal, anak bujang Pn.halimah yang baru ‘patah hati’ dengan Nadia.

Setelah sebulan lebih bekerja di rumah Pn.Haliman, Erni bertemu pandang buat kali pertama dengan Halim ketika Halim datang hantar kek buah untuk kiriman ibunya kepada Halimah. Erni terpaksa menyorok. Aksi Erni disedari oleh Aida. Dia syak ada yang tak kena dengan Erni. Dia menyangka Erni itu adalah orang yang dihantar oleh Shahira untuk ‘ilmukan’ Halim. Bila perkara itu diadukan kepada Nadia. Nadia tidak percaya. Biarpun begitu dia ikut cadangan Aida supaya mereka siasat latar belakang Erni.
Sinopsis Drama Orang Gaji IQ Sinopsis Drama Orang Gaji IQ Reviewed by Layan JerDotNet on 11:59 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.