Tonton Hajat Telemovie » BUKAN CINCAI

Tonton Hajat Telemovie

Tonton Hajat Telemovie

Tajuk: Hajat
Channel : TV3
Tayangan : 29 Mac 2015
Masa: Ahad, 10.00 Malam

Barisan Pelakon: Ungku Ismail, Wan Sharmila, adik Muhammad Airil Azimi, Roy Azman, Didie Alias, Hilal Azman, Rosnah Johari

Sinopsis:
Dilla (Wan Sharmila) dan Imam (Ungku Ismail) berkahwin selepas tamat pengajian di universiti. Dilla melahirkan anak sulung mereka, Haykal, semasa berumur 23 tahun. Kedua-duanya bekerja keras untuk mengumpul harta pada usia muda. Dilla selalu merungut tetapi Imam menegaskan bahawa semua itu adalah rancangan jangka panjang.

Perancangan yang Imam buat memang bijak tetapi memerlukan pengorbanan yang besar. Tekanan hidup menyebabkan mereka berdua sering bertengkar dan bermasam muka. Haykal ditinggalkan bersama ibu bapa Imam, Ismail dan Lili yang mengamalkan cara hidup moden. Haykal dididik supaya menjadi cerdik. Namun, didikan agama tidak dititikberatkan.\

Konflik bermula apabila ibu bapa Dilla, Ahmat dan Lijah datang menziarah. Mereka menegur Imam yang meninggalkan solat. Bimbangkan Haykal membesar tanpa didikkan agama, Ahmat dan Lijah mengajar Haykal dengan cara menakut-nakutkan Haykal melalui gambaran seksaan di neraka.

Selepas ibu bapa Dilla pulang ke kampung, Haykal mula menegur Dilla, Imam serta datuk dan neneknya yang lalai dalam soal agama. Ibu bapa Imam mengadu dengan Imam lantas tercetusnya pergaduhan besar antara Imam dan Dilla.

Keluarga Dilla menyuruh Dilla bercerai dengan Imam kerana mereka merasakan Imam bukan seorang suami yang mampu membimbing isterinya. Dalam kekeliruan itu, Dilla terdengar Haykal berdoa, meminta disatukan kembali ibu dan ayahnya dan agar semua boleh solat bersama-sama seperti di masjid. Tiba-tiba Haykal jatuh sakit, demam panas yang teruk. Mulanya disangkakan demam rindu, tapi keadaan makin teruk sehingga dimasukkan ke hospital. Apakah hajat Haykal bakal tercapai?


Tonton Hajat Telemovie Tonton Hajat Telemovie Reviewed by Layan JerDotNet on 20:06 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.