Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa » BUKAN CINCAI

Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa

Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa

Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa

Dia Isteri Luar Biasa (DILB) mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri.

Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat. Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan rawatan terlarang dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama.

Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya. Kesemua calon suami yang diaturkan Cik Kem tidak menepati citarasa Dewi.

Cik Kem, walaupun lembut turut menyimpan sedikit perasaan sayang kepada Dewi, tidak ketinggalan menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi tapi ditolak oleh Dewi. Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya), seorang pensyarah dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus di sisi Dewi.

Tanpa Dewi sedari, Raden Amzar sebenarnya menyukai Dewi walaupun Dewi bukanlah wanita sempurna yang dicari tetapi dia yakin dia boleh membimbing Dewi. Dewi merancang sesuatu supaya Raden Amzar dapat menjadi suami sementaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang.

Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat. Mereka bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Raden Amzar. Mampukah Raden Amzar mengubah pendirian Dewi terhadap lelaki dan mewujudkan rasa cinta dengan perkahwinan ini? Bagaimana pula penerimaan keluarga Raden Amzar terhadap Dewi?

Dia Isteri Luar Biasa wajib menjadi tontonan anda semua jika anda ingin mengetahui kesudahannya. Jangan lupa juga untuk melayari www.tonton.com.my untuk siaran ulangan jika anda ketinggalan mengikuti drama 28 episod ini.
Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa Reviewed by Layan JerDotNet on 21:12 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.