Tonton PadaMu Aku Bersujud Full Episod » BUKAN CINCAI

Tonton PadaMu Aku Bersujud Full Episod

Tonton PadaMu Aku Bersujud Full Episod

Tajuk: Padamu Aku Bersujud
Channel : TV3
Ganti: Dendam Semalam
Slot : Azalea
Mula Tayangan : 26 Mei 2015
Masa: [Setiap Isnin-Khamis, 4 ptg]
Jumlah Episode : 20

Lagu Tema :  Biarkanlah - Drama Band

Barisan Pelakon :  Syazwan Zulkifli, Sqikin Kamal, Leez Rosli, Bil Azali, Shenty Feliziana, Shiqin Kamal, Reza Hasbi, Mubarak Majid, Ku Fridah Ku Shafie, Zaidi Omar, Aleeza Shahdan, Nina Iskandar, Fikhree Bakar, Jasmine Suraya

Sinopsis Drama Padamu Aku Bersujud
Drama ini mengisahkan mengenai Pak Leman yang meletakkan harapan tinggi di atas anaknya, Amin untuk mengubah nasib keluarga mereka. Selama ini, Pak Leman bekerja keras di bendang yang dipajak kepada abangnya, Datuk Jamil. Bagi Pak Leman, hanya dengan pelajaran saja dapat mengubah kehidupan mereka. Sayangnya, Amin gagal memperoleh keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan juga tipis. Pak Leman amat kecewa dengan keputusan SPM Amin yang hanya meraih pangkat dua. Dia mula mengungkit bahawa Amin memang tidak boleh diharap. Amin meninggalkan kampung untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur. Mak Siah memintanya pergi berjumpa dengan Datuk Jamil, adik kepada Pak Leman tetapi Amin ralat dengan permintaan Mak Siah kerana Datin Zulaikha memang memandang rendah atas keluarga. Selama ini, Datin Zulaika tidak suka apabila anaknya, Ika rapat dengan sepupunya, Amin. Tambahan pula Datin Zulaika masih berdendam dengan Mak Siah. 

Datin Zulaika menuduh Mak Siah menggunakan khidmat bomoh untuk memisahkan hubungannya dengan Datuk Jamil. Datin Zulaika dan anaknya, Ikram selalu berlagak dan menghina keluarga Amin. Amin meminta tolong secara rahsia daripada Ika. Malangnya, Iqram sudah melakukan sabotaj dan Amin tidak dapat menghubungi Ika setelah tiba di Kuala Lumpur. Amin mati akal dan bercadang mahu pulang ke kampung sahaja. Ketika itulah Amin sedar bahawa Pak Leman telah menyelitkan duit dalam beg pakaiannya. Terharu dengan perbuatan bapanya, Amin mula mencari kekuatan untuk menempuh hari-hari baharu di dunia yang sangat asing baginya. Amin telah berkenalan dengan Taufiq yang bekerja di bengkel. Amin mendapat peluang untuk bekerja di bengkel Mr Ooi. Berkat ketekunannya berusaha, siang di bengkel, malam di kolej, Amin berjaya dalam peperiksaannya. Berdirinya Amin Motor ialah puncak kejayaan yang diidamkan Amin dalam hidupnya. 

Namun malang tidak berbau apabila bengkelnya terbakar akibat perbuatan khianat. Amin terpaksa merangkak semula dari bawah dengan bantuan Sakinah. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

Tonton Secara Online Melalui Pautan link berikut:
site alternative untuk menonton Drama Padamu Aku Bersujud adalah pada laman rasmi tonton.com.my

Tonton PadaMu Aku Bersujud Full Episod

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Download PadaMu Aku Bersujud Full Episod

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Tonton PadaMu Aku Bersujud Full Episod Tonton PadaMu Aku Bersujud Full Episod Reviewed by Bukan Cincai on 12:23 Rating: 5
Powered by Blogger.