Sinopsis Drama MAID Astro Ria » BUKAN CINCAI

Sinopsis Drama MAID Astro Ria

Sinopsis Drama MAID Astro Ria

Sinopsis MAID

Noorul berkeja sebagai pembantu rumah di rumah mewah seorang lelaki kacak, Harris Tan Sri Hamdan. Harris sangat cerewet sehinggakan Noorul menggelarkannya sebagai Mr. F (fussy). Noorul pernah bekerja di sebuah kilang tetapi telah ditutup dan menjadi penganggur seketika sebelum membuat keputusan untuk menjadi orang gaji.

Harris suka mengarah Noorul dengan meninggalkan nota di setiap ceruk rumahnya serta suka menengking. Harris kemudian menyuruh Noorul memasak Nasi Beriyani. Ini merupakan masalah besar buat Noorul kerana dia tidak tahu masak. Oleh itu dia menghadiri kelas masakan dengan Chef Aidil. Setelah lama berkerja dengan Harris, Noorul dalam diam mula jatuh hati terhadap majikannya.

Tiba-tiba sahaja Noorul dan Harris difitnah dan terpaksa dinikahkan untuk menjaga nama baik serta reputasi bisnes keluarga Harris. Noorul tidak yakin sama ada Harris boleh menerimanya sebagai isteri kerana dia hanya orang gaji. Dalam masa yang sama, mereka tertanya-tanya siapakan dalang disebalik menyebaran fitnah ini.

Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Harris melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Harris? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Harris pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?
Sinopsis Drama MAID Astro Ria Sinopsis Drama MAID Astro Ria Reviewed by Layan JerDotNet on 21:05 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.