Sinopsis Drama Carmela TV3 » BUKAN CINCAI

Sinopsis Drama Carmela TV3

Sinopsis Drama Carmela TV3

Sinopsis Drama Filipina - Carmela


Jalan cerita bermula dari kisah hidup ibu Carmela yang bernama Amanda. Amanda mempercayai dirinya membawa malang.

Namun semuanya berubah apabila dirinya bertemu dengan Danilo dan mereka berdua akhirnya berkahwin dan bahagia dengan kehadiran bayi perempuan mereka yang bernama Carmela. Suatu hari Danilo terbunuh akibat perbuatan jahat kawannya yg bernama Fernando yang sudah lama ada hati dengan Amanda.

Kesusahan mula melanda hidup Amanda apabila terpaksa membesarkan anaknya Carmela bersendirian disamping dirinya turut menjadi mangsa rogol Fernando. Amanda akhirnya dimasukkan ke dalam penjara akibat perbuatan Fernando dan trpaksa berpisah dgn anaknya Carmela.

Walaupun masih kecil, Carmela mengetahui segala perbuatan jahat Fernando pada keluarganya dan dirinya turut diugut oleh Fernando. Akibat terlalu takut, Carmela akhirnya meninggalkan bandar tersebut dan terjumpa dengan seorang perempuan dan dirinya dibesarkan oleh perempuan tersebut dan mendapat identiti baru sebagai Catarina.

Carmela/Catarina membesar menjadi seorang perempuan yang baik hati dan sangat cantik. Kecantikan yang dimilikinya sentiasa membuat ramai yang cemburu padanya. Walaubagaimanapun Carmela berdepan dengan masalah kewangan dalam membiayai pelajarannya kerana dalam masa yang sama, ibu angkatnya juga sakit.

Carmela akhirnya jatuh cinta pada Santiago Yago Torres, dan hubungan mereka bakal diuji dan berdepan dengan masalah besar. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah Carmela akan bertemu semula dengan ibunya Amanda? Adakah Fernando akan terus menyusahkan hidup Amanda dan Carmela?
Sinopsis Drama Carmela TV3 Sinopsis Drama Carmela TV3 Reviewed by Layan JerDotNet on 13:57 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.