Sinopsis Mencintaimu Slot Akasia TV3 » BUKAN CINCAI

Sinopsis Mencintaimu Slot Akasia TV3

Sinopsis Mencintaimu Slot Akasia TV3

Sinopsis Rasmi Drama Mencintaimu Slot Akasia TV3


Mencintaimu mengisahkan perjalanan cinta antara Anissa (Zahirah MacWilson) dan Hisham Datuk Hanafi (Sharnaaz Ahmad).

Anissa seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sambung belajar di universiti. Oleh itu, dia bekerja selama dua tahun untuk mengumpul duit.

Namun, ibunya, Juhara tidak menyokong tindakannya kerana lebih suka jika Anissa berkahwin dengan lelaki pilihannya.

Akhirnya, Anissa berjaya memulakan hidup baharu sebagai seorang mahasiswi dan mula menyukai Hisham secara diam-diam.

Anissa selalu memerhati Hisham dan mula meluat dengan perangai Hisham yang suka berfoya-foya, melepak, ponteng kelas dan banyak lagi. Perasaan suka terhadap Hisham semakin pudar. Lantas, Anissa menolak pelawaan Hisham mengajaknya keluar.

Sebenarnya, Hisham sudah menyahut cabaran kawan baiknya, Helmi (Niezam Zaidi) untuk mengajak Anissa keluar.

Malu dengan penolakan Anissa, Hisham mula merancang sesuatu untuk menyakitkan hati Anissa. Helmi memberi tempoh satu semester kepada Hisham untuk membuatkan Anissa jatuh cinta kepadanya.

Hisham mula berbaik-baik dengan Anissa. Anissa mudah lembut hati dan dia sudah memaafkan Hisham yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk berubah. Hisham dan Anissa semakin rapat. Hisham akhirnya berubah selepas berkawan rapat dengan Anissa dan menjadi serius dalam pelajaran dan semakin rajin ke kelas.

Kawan-kawannya sering mengejek Hisham bahawa dia telah terjatuh dalam perangkap Anissa. Kerana ego, Hisham mengatakan bahawa rancangan tetap diteruskan untuk mengenakan Anissa walaupun dia sebenarnya mula menyukai Anissa.

Akhirnya, permainan Hisham mula menyebabkan detik hitam berlaku dalam hidup Anissa. Anissa dihujani dengan pelbagai dugaan dan dihalau oleh ibunya serta diberhentikan oleh pihak universiti.

Anissa membuat keputusan untuk melarikan diri dan sambung belajar di luar negara atas pembiayaan biasiswa sebuah syarikat. Selepas lima tahun, Anissa pulang ke tanah air.

Anissa lebih matang dan lebih teliti dalam membuat keputusan. Hisham pula dibelenggu rasa bersalah selepas Anissa menghilangkan diri.

Atas desakan keluarga, Hisham bertunang dengan Tengku Asyikin (Sarah Anne). Dia juga telah berubah menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab.

Apakah akan terjadi selepas Anissa bertemu dengan Hisham kembali? Saksikan drama lakonan Sharnaaz Ahmad dan Zahirah MacWilson ini menerusi slot Akasia TV3.

Sinopsis Mencintaimu Slot Akasia TV3 Sinopsis Mencintaimu Slot Akasia TV3 Reviewed by Layan JerDotNet on 21:32 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.