Sinopsis Plan Cinta Tak Jadi » BUKAN CINCAI

Sinopsis Plan Cinta Tak Jadi

Sinopsis Plan Cinta Tak Jadi

Drama Plan Cinta Tak Jadi mengisahkan pengorbanan seorang gadis bernama Melina (Nur Fathia Latiff) yang cuba mengembirakan rakan serumahnya, Cici (Ramona Zam Zam) setelah Cici dikecewakan oleh kekasihnya Fariz (Mark Adam).

Cici telah lama menjalinkan hubungan cinta dan merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Fariz namun hampa apabila Fariz mahu memutuskan hubungan cinta mereka. Cici sangat sedih kerana ini merupakan kali ke-24 dia putus cinta. Bagi Cici, bercinta dan berkahwin adalah perkara yang terbaik dan cita-citanya hanyalah untuk berkahwin dengan jejaka idamannya, namun dia telah dikecewakan oleh Fariz.

Melina memulakan plannya dengan memperkenalkan Cici kepada rakan sekolahnya, Suffian (Arja Lee). Melina juga meminta bantuan Anaz (Fattah Amin) untuk menjayakan plannya. Adakah plan cinta Melina itu menjadi atau sebaliknya ? Saksikan Plan Cinta Tak Jadi hanya di Astro Ria mulai 10 Ogos 2015 setiap Isnin pukul 10.00 Malam.

Sinopsis Plan Cinta Tak Jadi Sinopsis Plan Cinta Tak Jadi Reviewed by Layan JerDotNet on 01:01 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.