Sinopsis Drama Lari Mira » BUKAN CINCAI

Sinopsis Drama Lari Mira

Sinopsis Drama Lari Mira

Misi menyelamatkan diri selepas bencana tsunami. Cemas dan buntu. Mira hanya memikirkan cara untuk menyelamatkan diri dan mencari ahli keluarganya yang hilang selepas sedar diri dalam tragedi Tsunami yang melanda Banda Acheh. Dalam keadaan yang masih sedih dengan kehilangan ibu bapanya, dia diperdaya dan terperangkap dalam muslihat sindiket pemerdagangan manusia. Bagaimanakah dia menyelamatkan diri dan kembali ke tanah air?

Mira sibuk dengan persediaan majlis perkahwinannya. Dia mengimpikan majlis perkahwinan dalam taman tetapi ibunya, Indah mahukan konsep yang berbeza iaitu tradisional Acheh. Tanpa pengetahuan Mira, ibunya telah memulakan persiapan mereka sekeluarga ke Acheh. Mira marah dan merajuk dengan ibunya.
Pada masa yang sama, Mira bergaduh dengan tunangnya Yusof kerana mendapati Yusof masih berhubung dengan bekas kekasihnya. Mira bertolak ke Banda Acheh tanpa mendengar penjelasan daripada Yusof.

Majlis perkahwinan di Acheh bertukar menjadi tragedi apabila dilanda Tsunami. Selepas sedar diri, Mira mendapati dirinya ditimbun dalam runtuhan bangunan. Mira bersendirian di lokasi yang dia tidak ketahui. Apa yang dilihat di sekelilingnya hanyalah mayat dan lumpur.

Dalam keadaan yang tidak tentu arah, Mira didatangi oleh Rio yang berpakaian baju seragam penyelamat. Mira dibawa ke sebuah pusat untuk mendapatkan rawatan. Dalam perjalanan ke suatu tempat yang terpencil, Mira berasa pelik kerana dibawa jauh dari Banda Acheh. Namun, disebabkan keletihan dan kecederaannya, dia tidak banyak bertanya. Mira berkenalan dengan Muthia yang juga berada di dalam van yang dinaikinya.

Sementara itu, Yusof tetap dengan keputusannya untuk pergi ke Acheh mencari Mira walaupun dihalang oleh keluarganya. Setibanya dia di sana, dia bertemu dengan Dr Zuli dan menjadi sukarelawan di pusat rawatan sementara supaya lebih mudah mendapatkan maklumat tentang Mira.

Pada suatu malam, Muthia terdengar perbualan Rio dengan seseorang bahawa ingin menjual remaja dan kanak-kanak yang ditemuinya. Muthia mengajak Mira untuk melarikan diri bersama. Berjayakah Mira dan Muthia melarikan diri? Berjayakah Mira mendapatkan bantuan? Siapakah Adi yang ditemui oleh Mira? Bertemu kembalikah Mira dan Yusof?
Sinopsis Drama Lari Mira Sinopsis Drama Lari Mira Reviewed by Layan JerDotNet on 22:24 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.