Sinopsis Setulus Janji » BUKAN CINCAI

Sinopsis Setulus Janji

Sinopsis Setulus Janji

SINOPSIS SETULUS JANJI

Mengisahkan tentang Insyirah yang telah dibesarkan oleh keluarga angkat setelah kematian ibu dan bapa kandungnya. Ibu dan ayah angkat Insyirah mempunyai dua anak lelaki iaitu Ilham dan Aiman. Insyirah baru sahaja menamatkan pengajian dari sebuah universiti di Manchester, England. Dalam diam sebenarnya Insyirah bercinta dengan Aiman.

Namun segalanya berubah bila Aiman tidak menjemput Insyirah pulang di lapangan terbang. Insyirah kecil hati dan ketika itu muncul Ilham. Ilham kini merupakan seorang pakar bedah bidang ortopedik. Hubungan mereka semakin akrab dan mesra.

Hanya dengan tempoh yang singkat, Insyirah akur dengan permintaan keluarga angkatnya supaya dia berkahwin dengan Ilham. Sebenarnya sejak dulu lagi Insyirah memang menaruh hati terhadap Ilham namun ianya disembunyikan. Ketika itu juga Insyirah baru mengetahui sebenarnya Aiman ada skandal dengan bekas tuning Ilham bernama Juwita.

Kebahagian mereka melayari rumah tangga tidak lama setelah terbongkar cerita Ilham sebenarnya ‘terpaksa’ berkahwin dengan Insyirah. Insyirah merajuk namun berjaya dipujuk oleh Ilham. Ketika Insyirah baru melahirkan anak sulong mereka, Adila, tragedy berlaku dalam keluarga mereka bila Aiman kemalangan dan cedera teruk. Rumah tangga mereka kembali goyah bila Ilham menuduh Insyirah sebenarnya belum lagi melupakan Aiman yang kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Konflik berlaku bila Ilham menerima Juwita sebagai isteri keduanya. Insyirah benar-benar kecewa dan membawa diri melanjutkan pengajian di Menchester bersama anaknya. Ketika di Manchester Insyirah rapat dengan Imanina, seorang pelajar Afrika Selatan yang mirip dengannya. Insyirah juga rapat dengan Rizuan, lelaki yang pernah meminatinya.

Ilham turut menyambung pengajian di Menchester dan berusaha memujuk Insyirah menerima semula dirinya. Rasa cinta yang mendalam terhadap Ilham membuatkan akhirnya hati Insyirah kembali menerima Ilham. Tetapi dalam diam perasaan cemburunya kepada Juwita masih membara.

Namun bila pulang ke Malaysia hubungan mereka kembali kalut semula akibat berlaku banyak salah faham. Kemuncaknya bila Ilham menceraikan Insyirah kerana cemburukan Rizuan. Rizuan sebenarnya sudah berkahwin dengan Imanina.

Walaupun masih menyambung pengajian di Menchester, Insyirah memutuskan untuk terus menetap di Malaysia. Satu hari Insyirah bertemu semula dengan Ilham. Di situlah memujuk Insyirah untuk mereka rujuk kembali. Atas desakan semua orang dan mengenangkan masa depan Adila, Insyirah sanggup menerima Ilham sebagai suaminya kembali.

Satu hari Ilham terbaca surat lama yang pernah ditulis oleh Insyirah dan terbongkar cerita ‘isi hati’ Insyirah yang selama ini hanya menyintai Ilham seorang. Tidak ada Aiman atau Rizuan. Ilham terharu dan berterus-terang kepada Insyirah atas alasan apakah dia menikahi Juwita.

Apakah alasan tersebut? Adakah kebahagiaan milik mereka berdua?
Sinopsis Setulus Janji Sinopsis Setulus Janji Reviewed by Layan JerDotNet on 21:06 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.