Tonton Wan Embong Telemovie » BUKAN CINCAI

Tonton Wan Embong Telemovie

Tonton Wan Embong Telemovie

Tajuk: Wan Embong
Channel : TV3
Tayangan : 21 November 2015
Masa: Sabtu, 9.00 Malam

Barisan PelakonFaizal Hussien, Neelofa, Izreen Azminda, Vanida Imran, Johan Asaari, Dato Rahim Razali

Sinopsis:
Mengisahkan Omar (Faizal Hussien), ketua Kampung Tuan Tunggal yang memiliki dua orang isteri yakni Seri (Vanida Imran) dan Chempaka (Izreen Azminda). Kedua-dua mereka begitu taat dengan Omar. Kisah bermula apabila Omar mengutip cukai bulanan di rumah Wan Manap. Kedaifan Wan Manap ternyata mengharukan hati Omar.

Omar memahami Wan Manap yang uzur dan tidak lagi mampu bekerja. Dan disitu jugalah Omar bekenalan dengan anak dara Wan Manap, Wan Embong (Neelofa). Wan Embong seorang gadis bertudung lepasan sekolah dan belum berkahwin. Omar terus menyatakan hasrat untuk mengahwini Wan Embong dan Wan Manap tidak lagi perlu membayar cukai bulanan.

Wan Embong menolak permintaan Omar. Namun kerana kasihan bapanya, Wan Embong harus menerima takdir yang dia terpaksa menjadi isteri kepada Omar. Namun Wan Embong meletakkan syarat yang Omar tidak boleh menyentuh dirinya walaupun sudah bergelar suami isteri kelak. Dibawa pulang ke rumah, disinilah Wan Embong terpaksa berhadapan pula dengan isteri-isteri Omar yakni Seri dan Chempaka.

Kehadiran Wan Embong kurang disenangi oleh madu pertamanya Seri kerana beranggapan mereka hanya menginginkan harta suaminya. Berlainan madu keduanya iaitu Cempaka, yang mudah mesra dan bersikap baik dengan Embong. Seri sering bersikap dingin dengan Wan Embong, apatah lagi apabila melihat Cempaka semakin rapat dengan madu mereka itu.

Cempaka selalu membawa Wan Embong berjalan-jalan sekitar kampung untuk menenangkan hatinya. Suatu hari ketika bersiar-siar, Wan Embong bertemu dengan seorang jejaka tampan bernama Ali. Wan Embong semakin rapat dengan Ali dan Cempaka pula menyokong hubungan mereka berdua.

Hubungan Wan Embong dan Ali semakin intim dan Cempaka pula sering menemani mereka sambil merahsiakan pertemuan pasangan ini daripada orang lain terutamanya Seri. Namun, setelah sekian lama, akhirnya Omar menghidu hubungan sulit isteri ketiganya itu. Tanpa soal selidik, Omar telah memukul kedua-dua mereka dengan teruk sekali.

Siapakah dalang yang telah memberitahu Omar tentang perkara ini? Siapakah musuh sebenar Wan Embong? Adakah ianya Seri ataupun Cempaka? Bagaimana pula nasib yang menimpa Wan Embong dan Ali?

Tonton Wan Embong Telemovie Tonton Wan Embong Telemovie Reviewed by Layan JerDotNet on 00:21 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.