Sinopsis Cik Cinderella Dan Encik Tengku » BUKAN CINCAI

Sinopsis Cik Cinderella Dan Encik Tengku


Sinopsis Drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku

Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku mengisahkan tentang seorang gadis bernama Puteri Nuraisha yang tinggal bersama ayah kandung, ibu tiri dan kakak tiri.  Puteri Nuraisha sering dipinggirkan oleh ayahnya yang seolah melebihkan kakak tirinya bernama Sha.

Dalam masa yang sama, Puteri Nuraisha mempunyai seorang teman lelaki yang bernama Ashraf. Ashraf kerapkali meminjam wang dari Puteri Nuraisha tetapi tidak pernah hendak membayarnya semula. Semakin hari Puteri Nuraisha rasa semakin bosan dengan sikap lelaki itu.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari Puteri Nuraisha bertemu dengan Daniel. Sikap dan raut wajah Daniel, membuatkan Puteri Nuraisha mula terpikat kepadanya. Namun dia berdepan dilema, kerana menurut amanat arwah ibunya, dia perlu berkahwin dengan Ashraf.

Tanpa diketahui oleh Puteri Nuraisha, kakak tirinya Sha turut menjalinkan hubungan sulit dengan Ashraf. Sha sangat cemburu dengan Puteri Nuraisha dan sering memantau segala gerak langkahnya. Suatu hari ketika segala persiapan perkahwinan telah dibuat, terbongkarlah rahsia antara Sha dan Ashraf dalam satu kejadian yang sangat mengaibkan.

Sanggupkan Puteri Nuraisha meneruskan perkahwinan itu demi memenuhi amanat arwah ibunya? Atau dia akan memilih Daniel, lelaki yang sentiasa bersamanya di saat suka dan duka. Apa pula akan terjadi kepada Sha yang telah menjatuhkan maruahnya sendiri hanya kerana seorang lelaki?

Untuk mengetahui kesudahan drama ini, nantikan tayangan Drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku di slot Lestary TV3.
Sinopsis Cik Cinderella Dan Encik Tengku Sinopsis Cik Cinderella Dan Encik Tengku Reviewed by Layan JerDotNet on 11:57 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.