Sinopsis Uda Dan Dara » BUKAN CINCAI

Sinopsis Uda Dan Dara

Sinopsis Uda Dan Dara

Sinopsis Uda Dan Dara Di Astro

Drama Uda dan Dara mengisahkan tentang Izzat Hilman dan Siti Mariam yang berkawan sejak dari zaman kanak-kanak.  Persengketaan terjadi antara Siti Mariam dan Izzat Hilman bila keluarga Izzat Hilman mahu menjodohkannya dengan Khalidah yang ada pertalian keluarga. Siti Mariam kecewa, lebih-lebih lagi bila dia dihina oleh Izzat Hilman. Membuatkan Siti Mariam membenci lelaki itu.

Setelah lama terpisah akibat mengejar cita-cita masing-masing, mereka bertemu semula. Siti Mariam bukan lagi seperti dulu. Dia semakin cantik dan bukan lagi gadis gemuk yang pernah diejek oleh Izzat Hilman.

Ini membuatkan Izzat Hilman cuba untuk mendekati Siti Mariam semula tetapi Siti Mariam masih tidak boleh lupa kenangan lalu. Dia masih membenci Izzat Hilman.

Namun Izzat Hilman tetap mencuba kerana tidak mahu lagi kehilangan Siti Mariam. Dalam diam, Siti Mariam tetap ada rasa sayang tetapi dia meletakkan syarat untuk bersama. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Dan Izzat Hilaman perlu bersedia untuk berpisah.

Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Lebih-lebih lagi bila muncul pula Khalidah untuk memisahkan mereka?

Jangan lupa ikuti episod satu Drama Uda Dan Dara bermula hari ini, pukul 6:00 petang di saluran Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135.
Sinopsis Uda Dan Dara Sinopsis Uda Dan Dara Reviewed by Layan JerDotNet on 21:30 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.