Tonton Hilangnya Kasih Telemovie » BUKAN CINCAI

Tonton Hilangnya Kasih Telemovie

Hilangnya Kasih

Tajuk: Hilangnya Kasih
Channel : TV9
Tayangan : 22 Febuari 2016
Masa: Isnin, 8.30 Malam

Barisan PelakonJanna Nick, Fezrul Khan, Normah Damanhuri, Hilal Azman, Balqish Semundur Khan, Eqbal Eisid

Sinopsis:
Mengisahkan Qaisara (Janna Nick) dan Fuad (Fezrul Khan) pasangan suami isteri yang telah bercinta sejak di kolej lagi. Qaisara masih mempunyai kedua orang tuanya iaitu Pak Latif dan Mak Mah manakala Fuad adalah anak yatim. Fuad dibenci ibu mertuanya, Mak Mah kerana berasakan anaknya mampu mendapat suami yang lebih baik.

Kebahagian rumah tangga mereka direntap apabila suatu malam rumah mereka dimasuki pencuri. Berlaku pergelutan yang menyebabkan Fuad dipukul di kepala dan kakinya ditetak batang besi. Fuad berjaya diselamatkan namun dia disahkan menghidap penyakit skizofrenia iaitu sakit mental. Dia dijaga oleh Qaisara dengan penuh kesabaran.

Sebulan berlalu, Qaisara kembali bekerja dan Fuad dijaga oleh Pak Latif dan Mak Mah. Disebabkan keadaan Fuad yang di luar kawalan, dia dikurung. Penderaan mental dan fizikal yang diterimanya secara berterusan menyebabkan Fuad hilang pertimbangan. Sehingga suatu hari, Fuad hilang pertimbangan dan telah tertikam Mak Mah. Qaisara reda dengan dugaan berat yang menimpanya. Akhirnya Qaisara memohon fasakh walaupun perasaan sayang kepada Fuad tidak pernah pudar

Tonton Hilangnya Kasih Telemovie Tonton Hilangnya Kasih Telemovie Reviewed by Layan JerDotNet on 00:08 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.