Sinopsis Bodyguard TV3 » BUKAN CINCAI

Sinopsis Bodyguard TV3

Sinopsis Bodyguard TV3

SINOPSIS BODYGUARD TV3

Mengisahkan lima orang jejaka Fariz (Fattah Amin), Rayyan (Azrel Ismail), Daniel (Idris Khan) Rahul (Lan Siro) dan Basri (Sabhi Saddi) yang bekerja di bawah agensi pengawal peribadi milik Natasha (Farahdhiya). Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh mereka sewaktu menjadi bodyguard.

Setiap seorang daripada mereka mempunyai kemahiran yang berbeza-beza. Faris ialah seorang pakar penembak. Azrel Ismail sebagai pakar taktik peperangan. Rahul dan Basri pula pakar dalam kombat dan medik. Manakala Daniel pakar perunding dan dalam bidang teknologi.

Namun dalam melaksanakan tugas dan misi yang berisiko, lima orang pengawal ini bukan sahaja bakal bergelut dengan risiko profesion mereka tetapi juga konflik kehidupan peribadi mereka tersendiri. Malah soal cinta juga turut menjadi sebahagian daripada kisah ini apabila Natasha terperangkap dengan cinta segitiga bersama Fariz dan Rayyan.

Fariz menjalin hubungan cinta dengan majikan mereka tanpa pengetahuan rakan lain. Dalam diam, Rayyan turut menyukai Natasha. Rayyan meminta bantuan Fariz untuk menambat hati majikannya itu dan bermulalah konflik antara mereka. Pun begitu, tugas sebagai pengawal keselamatan tetap berjalan seperti biasa apabila agensi itu menerima banyak permintaan pelanggan.

Setiap pelanggan datang dengan pelbagai masalah. Ia menjadikan tugas mereka lebih mencabar dari semasa ke semasa. Dalam satu kejadian, Rahul meninggal dunia akibat terkena tembakan. Tempatnya digantikan dengan Basri (Sabhi Saddi).

Apakah risiko yang bakal mereka hadapi? Bagaimanakah lima jejaka ini bakal menyempurnakan tugas mereka?
Sinopsis Bodyguard TV3 Sinopsis Bodyguard TV3 Reviewed by Layan JerDotNet on 20:20 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.