Sinopsis Dawai Asmara » BUKAN CINCAI

Sinopsis Dawai Asmara

Sinopsis Dawai Asmara

Sinopsis Drama Dawai Asmara

Hashim memberikan Natasya seutas rantai leher dan sebentuk cincin emas sempena hari jadi Natasya yang ke 3 tahun. Namun Rosmah tidak menyenangi kerana Hashim dianggap terlampau berbelanja mewah untuk anaknya. Buah rantai berbentuk love, begitu juga cincinnya yang diukir sama sepadan, menjadi tanda kasih Hashim yang tidak berbelah bahagi kepada anaknya.

Walaupun Rosmah juga menyayangi Natasya, tapi dia tidak mahu mengukur kasih sayangnya dengan material. Hashim tidak pedulikan rungutan Rosmah kerana dia mahu buat apa sahaja untuk kehidupan anak tunggalnya. Dalam kejadian lain, Ziana pula dihalau oleh ibu bapanya dari rumah mereka selepas melahirkan seoang anak luar nikah.

Tiga tahun berlalu, Shahir yang pernah berjanji akan bertanggungjawab, tidak pernah muncul untuk mengakui Amira sebagai anak mereka. Tidak sanggup lagi menerima cemuhan orang kampung, ibu bapa Ziana mahu Ziana membawa anaknya pergi jauh dari kampung.
Sinopsis Dawai Asmara Sinopsis Dawai Asmara Reviewed by Layan JerDotNet on 20:33 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.