Sinopsis Sekali Aku Jatuh Cinta » BUKAN CINCAI

Sinopsis Sekali Aku Jatuh Cinta

Sinopsis Sekali Aku Jatuh Cinta

Sinopsis Drama Sekali Aku Jatuh Cinta

Mengisahkan Johan(Syafiq Kyle), 24 tahun, baru sahaja menamatkan latihan praktikalnya sebagai seorang jururawat. Johan berasa sangat bangga akhirnya berjaya juga dia menamatkan pengajian kejururawatan biarpun selalu di ejek oleh rakan-rakan kerana kerjaya itu lebih sesuai dengan perempuan.

Prinsip hidup Johan, pesakit lelaki hanya layak dijaga oleh jururawat lelaki. Jadi apapun orang nak cakap. Dia tidak peduli. Sementara menunggu konvokesyen, mak Johan menyuruh Johan mencari apa-apa kerja part time daripada buang masa keluar dengan kawan-kawan. Entah bagaimana sedang dia duduk di sebuah restoran, sebuah insiden cemas dan lucu memulakan segalanya.

Izzati (Mimi Lana) cucu Tok Ayah (Razak Ahmad) sedang bersiar-siar dan sedang berjalan menuju ke restoran yang sama. Merasakan sesuatu yang istimewa, Johan jatuh cinta padang pertama. Namun sebelum sempat Izzati melangkah masuk, Tok Ayah jatuh ditolak penjenayah yang sedang melarikan diri daripada pihak polis.

Tok Ayah rebah. Johan menjerit, “saya jururawat, saya jururawat” dan segera membantu Tok Ayah. Semua cemas tetapi pelik kerana selalunya doktor yang menawarkan diri untuk bantuan sebegini tetapi kali ini jururawat pula beriya.

Tok Ayah berjaya dikejarkan ke hospital dan Johan tanpa malu sibuk menguruskan Tok Ayah dan mengikut Izzati. Dalam masa yang sama Johan terdengar bahawa Tok Ayah memerlukan jururawat peribadi untuk menjaganya di rumah.

Johan yang tertawan dengan Izzati berharap Tok Ayah menawarkannya pekerjaan jururawat peribadi. Tetapi masalah utamanya, dia masih belum diiktiraf sebagai jururawat. Johan tahu dia perlu menipu untuk bekerja di rumah Tok Ayah demi mendekatkan dirinya dengan Izzati. Adakah cinta Johan bakal berbalas? Bagaimana jika Tok Ayah mengetahui perkara sebenar bahawa tentang Johan yang sebenarnya belum lagi ditauliahkan sebagai jururawat terlatih?
Sinopsis Sekali Aku Jatuh Cinta Sinopsis Sekali Aku Jatuh Cinta Reviewed by Layan JerDotNet on 12:37 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.