Tonton Rajuk Telemovie » BUKAN CINCAI

Tonton Rajuk Telemovie

Rajuk Telemovie

Tajuk: Rajuk
Channel : TV9
Tayangan : 2 Mei 2016
Masa: Isnin, 8.30 Malam

Barisan Pelakon: Shamsul Ghau Ghau, Aizad Jasmin, Mawar Rashid, Niezam Zaidi dan Rosnah Mat Aris.

Sinopsis:
Selepas kematian isterinya, perwatakan dan sikap Pak Tam mula berubah. Sebelum ini, Pak Tam merupakan seorang yang periang, namun kini, dia sentiasa muram. Kedua-dua anaknya, Hisyam dan Azmir risau dengan keadaan ayah mereka.

Tambahan pula, Hisyam bakal melangsungkan majlis kenduri kahwinnya dalam masa terdekat. Hisyam dan Azmir bimbang jika majlis kenduri yang telah dirancangkan sekian lama akan hambar dan berlangsung dalam keadaan suram walaupun mereka masih sedih dengan kehilangan emak.

Hisyam dan Azmir memujuk Pak Tam untuk kembali ceria dan menjalani hidup seperti sedia kala. Pak Tam juga ingat tentang janjinya dengan arwah isteri untuk meraikan kegembiraan menerima menantu dengan memakai baju Melayu buatan isterinya pada majlis kenduri tersebut. Hanya Pak Tam dan arwah isterinya tahu tentang baju istimewa itu.

Malangnya, baju istimewa itu hilang dari almari pakaiannya. Pak Tam mengamuk dan menuduh ada orang cuba sembunyikan baju itu. Pak Tam marah dan membuat keputusan bahawa dia tidak akan meraikan majlis kenduri kahwin Hisyam nanti jika baju melayunya itu tidak ditemui. Apakah kesudahannya?

Tonton Rajuk Telemovie Tonton Rajuk Telemovie Reviewed by Layan JerDotNet on 12:30 Rating: 5
Facebook Icon Comments
Powered by Blogger.